3 penjaga gol di Belgium ‘cedera’ serentak, rupanya berpakat supaya pemain muslim dapat berbuka

Oleh KIM SYAZIE

Pada aksi Liga Belgium yang diadakan hujung minggu lalu, terdapat peristiwa menarik yang berlaku di mana tiga penjaga gol yang beraksi di 3 stadium berbeza, rebah dengan ‘kecederaan’ pada waktu yang hampir sama.

Ia berlaku betul-betul selepas 20 minit permainan dan memasuki waktu Maghrib. 

Ia bukan pun satu kebetulan, sebaliknya satu solidariti untuk memberikan masa kepada pemain beragama Islam berbuka puasa.

Dalam aksi Liga Belgium semalam, penjaga gol Herve Koffi yang beraksi dalam aksi antara KAA Gent vs Cherleroi; seterusnya Tobe Leysen dalam aksi antara OH Leuven vs Mechelen; serta Maarten Vandevoordt dalam aksi antara Westerlo vs Racing Genk – kesemuanya cedera hampir pada masa yang sama.

Itu bermakna ada 3 daripada 4 perlawanan yang berlangsung pada sepak mula yang sama, di mana penjaga gol cedera pada masa yang hampir sama. 

Mereka sebenarnya tidak cedera. Namun dilaporkan sengaha mengambil kesempatan demi rakan rakan pemain yang beragama Islam kerana di Belgium agak ramai pemain yang beragama Islam.

Baca Artikel Penuh