3,010 kes Covid-19 hari ini

Oleh KIM SYAZIE

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan kes baru positif Covid-19 sebanyak 3,010 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan keseluruhan kes dalam negara sebanyak 2,808,347 kes.

Kes yang direkodkan hari ini lebih rendah berbanding semalam iaitu 3,074 kes.