32 ditahan polis kerana sertai Memorial Covid-19 #Lawan di Dataran Merdeka

Oleh BORHAN AHMAD

Polis menahan 32 peserta yang menyertai acara Memorial Covid-19 #Lawan yang diadakan di Dataran Merdeka petang ini.

Menurut saksi, mereka ditahan oleh polis termasuk dengan cara mengusung mereka ke kenderaan polis sebaik sahaja majlis itu selesai awal malam ini.

Menurut saksi, mereka yang ditahan dibawa ke balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Majlis Balasungkawa untuk mangsa Covid-19 yang dibuat di Dataran Merdeka.