35 tahun sebagai anak seni, Aishah terharu bakal terima DSN Negeri Sembilan

Oleh NASUHA RAHMAN

Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah antara 22 individu akan menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran ‘Datuk’ pada upacara yang akan diadakan pada 22 Januari ini.

Bekas Kektua Angkatan Wanita AMANAH (AWAN) Kawasan Batu bersyukur bersyukur dan terharu di atas pengiktirafan sebagai anak seni selama lebih 35 tahun.

“Anugerah ini pula datang dari negeri kampung halaman arwah mak,” katanya dipetik Malaysiakini.

Penyanyi bersuara nyaring ini yang turut popular dengan lagu Bahtera Merdeka itu juga merupakan anak kelahiran negeri tersebut.

Beliau yang pernah dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza keempat pada tahun 2017 pernah bertanding di Parlimen Jempol, Negeri Sembilan mewakili parti Pas ketika itu.

Panglima Tentera Darat, Zamrose Mohd Zain mendahului senarai seramai 410 penerima anugerah kebesaran lain sempena Hari Keputeraan ke-74 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, semalam.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah Sesi bagi sesi kedua pada 22 Jan dan sesi ketiga pada 27 Jan.