Setiap penyanyi dan pelakon pastinya ada had umur untuk berhenti dari dunia seni dan menjalani kehidupan biasa.
Selepas hampir empat dekad bekerja sebagai penyanyi, Datuk Hattan memaklumkan bakal bersara pada Jun depan.
Menurut Kosmo, antara impian Hattan adalah untuk beraksi bersama penyanyi lagenda, Datuk M. Nasir.

“Saya akan bersara pada Jun depan, jadi saya punya impian dulu masa mula-mula terbabit dalam industri ini, saya mahu belajar dengan Datuk M (M. Nasir)
“Dan (sekarang) saya akan bersara selepas dapat beraksi dengan Datuk M, itu impian saya dan baru kini dapat beritahu.
“Bulan enam kiranya konsert terakhir, konsert ‘farewell’ ‘(selamat tinggal), tapi tengah bincang,” katanya seperti dipetik Kosmo.
Tambahnya keputusan untuk berundur dari dunia seni bukanlah disebabkan merajuk tapi kerana sudah tiba masanya.
Penyanyi yang terjun ke arus muzik perdana sekitar 1987 itu turut menyatakan persaraan bukan disebabkan merajuk, sebaliknya menegaskan sudah tiba masa untuknya berundur.
“Saya tak merajuk, saya cuma dah penat. Jadi kena berehat dan kalau boleh tak mahu terbabit lagi dalam konsert besar.
“Setakat menyanyi suka-suka di majlis kenduri, hari jadi bolehlah.
“Saya dah sampai capai apa yang saya nak, dah sepentas dengan ‘sifu’ saya (dan) dah buat konsert saya. Bagilah orang lain pula, nak relaks. Dah bersara, bersaralah,” ujarnya.
Baca juga: Tanggung 2 anak seorang diri, Rita Rudaini kongsi keluarkan semua simpanan masa PKP