40 tahun tidak melihat dunia luar, hanya duduk menghadap dinding pastinya mampu membuatkan kita hilang hala tuju.
Namun buat lelaki berasal dari Indonesia ini, dia bersyukur apabila dibebaskan selepas habiskan empat dekad dalam penjara,
Tarikh 22 Mac lalu menjadi hari bahagia buat Jamil Wahab, 63 tahun setelah mendapat pengampunan daripada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
Menurut sumber, Jamil yang mesra disapa Pak Jamil Hayat merupakan banduan paling lama di negara ini selepas ditahan pada tahun 1983.
Dia kini bebas dan dapat kembali ke kampung halamannya di Kampung Guang, Keliwang, Sembawa di Indonesia.
Jamil tidak menyangka dirinya akan mendapat pengampunan dan lebih menumpukan dengan ibadah.
Pernah berlaku pengampunan beramai-ramai pada tahun 2012 di Johor dan banduan paling lama diampunkan adalah 37 tahun manakala dia hanya berada di tahun ke-29.
“Saya fikir akan mati di dalam penjara sahaja dan tidak mempedulikan apa yang akan berlaku dalam dunia ini. Saya ingat mati nanti apa yang saya akan bawa, jadi tumpu untuk beribadah”
“Pagi semalam ketika tuan pengarah beritahu saya dapat pengampunan, saya hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan,” katanya seperti dipetik Berita Harian.
Syukur diberi peluang untuk menghabiskan sisa hidup di kampung halaman, namun jauh dari sudut hati berat untuk tinggalkan penjara
Penjara mengajar Jamil menjadi seorang pekerja mahir dalam bidang jahitan di mana sehingga kini, dia telah menghasilkan ribuan baju Melayu dan blazer untuk pegawai penjara.
Sebelum dipindah ke Penjara Taiping dari Penjara Johor Bahru, Jamil mengutip pengalaman dari bengkel rotan menghasilkan perabot seperti kerusi dan meja.
Jamil memimpin jemaah lain bersolat termasuk solat Hari Raya. Dia juga sempat menasihati anak muda agar jangan mensia-siakan waktu muda.
Malah dia menasihati untuk berpegang teguh kepada ajaran agama agar sentiasa terhindar daripada melakukan perbuatan yang tidak baik.
Baca juga: Nak menangis tengok pakcik tua ini sibuk selongkar sampah, orang lain sibuk nak berbuka