400,000 bekas pelajar degil tak bayar PTPTN

Oleh ROSLAN ZAMAN

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir mendedahkan lebih 400,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikenal pasti langsung tidak pernah membuat sebarang bayaran balik pinjaman sejak menamatkan pengajian lebih 10 tahun yang lalu.

Tambah Dr Zambry, kumpulan peminjam tegar ini telah mengumpulkan tunggakan mencecah RM5 bilion setakat ini.

Menurut beliau, kumpulan tersebut terdiri daripada individu yang tidak membuat sebarang bayaran sejak hari pertama menamatkan pengajian, menyebabkan jumlah tunggakan mereka terus meningkat setiap tahun.

“Ini membabitkan mereka yang dari hari pertama sehingga sekarang.

“Kumpulan tegar ini selepas 10 tahun yang tidak pernah bayar sekalipun yang membabitkan 400,000 orang peminjam dengan nilai pinjaman RM5 bilion,” katanya seperti seperti dipetik Awani.

PTPTN dalam kenyataannya berkata pihaknha telah menyediakan pelbagai pelan bayaran balik yang fleksibel, termasuk tawaran penstrukturan semula pinjaman bagi mereka yang menghadapi kesukaran membayar balik hutang.

Bagi peminjam yang mempunyai jumlah tunggakan besar, mereka juga digalakkan untuk berunding dengan pegawai PTPTN bagi menetapkan jumlah bayaran pendahuluan yang bersesuaian dengan kemampuan masing-masing.

baca; Data dedah individu bukan penerima STR paling ramai liat bayar PTPTN