Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 5,291 kes positif baharu hari ini, kata Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Ini menjadikan kumulatif kes setakat tengahari tadi sebanyak 2,486,630 kes.
Kes baharu hari ini mencatat sedikit peningkatan berbanding semalam yang merekodkan 5,071 kes.