“6 bulan kahwin, isteri masih tak bersedia nak ‘bersama’, baik aku bujang je…”

Oleh MALAYSIADATELINE

Pastikan diri benar-benar bersedia sebelum berkahwin, jangan seksa pasangan dengan alasan tak bersedia.

Perkahwinan ini memerlukan usaha dua pihak, ini layan seperti pasangan itu masih belum sah sehinggakan nak bersama sahaja bertangguh.

Seorang lelaki tidak memahami mengapa isterinya hingga kini sukar untuk bersama dengan alasan tak bersedia.

Di bawah adalah luahan dari portal IIUMC.

Aku kenal isteri dan bercinta dalam setahun lebih. Masa malam pertama, dia tanya aku, boleh tak, tak nak dulu, sebab dia masih nak kenal-kenal aku.

Dia rasa perlukan masa untuk pergi jauh sebab dia masih belum masuk comfort zone tu.

Mula aku ok ja. Sebab aku tak nak la mendesak atau nampak macam sangap sangat. Dia dan aku keduanya tak ada pengalaman.

Aku pun tak nak la nampak terdesak sangat walaupun aku rasa kau dah kenal aku setahun lebih sebelum kau pilih aku jadi suami kau.

Kau nak kenal lama mana lagi? Dan lama mana lagi aku nak tahan. Aku pun setiap masa rasa nak try. Tambah dia kat sebelah aku.

Dia ni dah la cantik. Kalau aku sentuh, dia memang diam dan macam blushing tapi nanti sampai satu level, dia akan tolak.

Aku ni tak nak jadi orang yang memaksa. Sebab dia isteri aku kot. Tak kan aku nak berkasar.

Aku pernah bertegas, aku pernah berlembut. Merayu, segala benda pernah dah. Tapi dia lagi pandai merayu kat aku untuk postpone dulu.

Aku pernah ajak dia ringan-ringan, tapi masa tu muka dia macam berubah. Macam sedih, alu persoal sama ada dia ada trauma tapi dia nafikan.

Setiap pagi dengan malam, beriya dia akan mintak ampun sujud kat kaki aku.. Sebab dia tahu dia berdosa dengan aku.

Enam bulan kahwin ni, merata ja kami pi bercuti, berjalan, makan-makan. Dia gembira enjoy ja. Tapi macam kawan-kawan.

Tapi bila aku dah mula dekat dengan dia, nak sentuh dia aku perasan riak muka dia jadi tak selesa. Lepas tu mula la segala drama dia keluar.

Aku tanya sampai bila nak aku menunggu, aku nak anak juga. Kalau tahu macam ini kejadiannya, baik aku teruskan hidup bujang.

Dia kata kiranya selama ni aku tak ikhlas pun bila aku kata aku boleh sabar boleh tunggu. Dia tuduh aku fake. Aku kata hari ni aku tak boleh sabar. Hari ni aku nak juga.

Sampai satu tahap tu dia suruh aku buat je sedangkan dia tutup muka dengan bantal sambil menangis.

Aku tak tergamak nak buat isteri aku macam tu, mood nak bersama pun hilang, nada suara keras walaupun aku pujuk.

Sekarang dia acah macam dia mangsa dan aku pula bersalah, sekali dia kata dia benarkan aku nak buat apa pun tapi dia dah tak ikhlas.

Aku pun tak jadi la buat. Sekarang dah berhari dia macam perang dingin dengan aku. Aku pun malas la nak peduli. Aku ada ego dan harga diri aku juga.

Macam aku pula yang salah. Tu dah cukup baik dah setengah tahun aku bagi dia masa. Sekarang aku pun reda ja la kalau dia nak berpisah dengan aku.

Baca juga: Ibu bapa ‘tekan’ anak bongsu tanggung kewangan, langsai duit kutu dan bawa bercuti