7 tahun bersengketa, rupanya ini sebab Ifa Raziah, Roslan Shah berbaik semula

Oleh MALAYSIADATELINE

Bukan setahun dua tapi tujuh tahun persengketaan antara penyanyi Ifa Raziah dan Roslan Shah disebabkan oleh dakwaan ugutan bunuh.

Sebelum ini Roslan pernah membuat laporan polis pada tahun 2018 sehingga Ifa dipanggil pihak berkuasa untuk siasatan selepas timbul dakwaan dia mengupah seorang pembunuh.

Tidak mahu meneruskan persengketaan, Ifa memilih untuk berdamai dengan Roslan dan saling bermaafan lapor Harian Metro.

“Ini kerana, pergaduhan kami bukan sebab bergaduh mulut, tikam belakang atau aniaya. Tetapi, bagi saya ia satu kes yang berat sangat hingga saya amat kecil hati dan bawa diri. Hingga jauhkan diri daripada dia.

“Saya juga minta pada Allah, tak nak jumpa orang-orang macam ini (Roslan) sebab lebih teruk lagi daripada mengaibkan kes saya itu. Sebab, saya yang duduk dalam keadaan berkenaan (dituduh).

“Tapi, kini selepas tujuh tahun berlalu, saya bersyukur pergaduhan dengan Roslan akhirnya terlerai apabila kami saling bermaaf-maafan walaupun bukan mudah sebenarnya.

“Tujuh tahun adalah satu tempoh yang lama. Namun dalam pada itu, saya tahu Roslan ada usaha untuk kami cuba berbaik semula, tapi saya yang tidak menerima dan masih berkeras hati,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Jelas Ifa, dia menerima kemaafan selepas kehilangan ibu dan adik tersayang buat selamanya namun mengakui masih trauma sehingga kini.

“Memang sangat-sangat trauma (dituduh untuk membunuh). Saya sampai lembik kepala lutut sebab saya tak pernah ada dalam situasi itu dan orang yang menuduh saya bukan orang lain.

“Tapi, kawan baik saya sendiri. Tergamak dia buat macam itu, sampai saya jadi tak percaya Roslan sanggup buat saya hingga berasa sangat sedih. Itu yang saya tak boleh terima,” tambahnya.

Baca juga: Pernah tolak pelawaan Elite, rupanya ini jawapan Joey sampai Watie tak jadi ‘join’