“7 tahun kahwin, anak tak pernah merasa duit raya, tapi suami boleh bagi 10 anak buah dia RM50 seorang”

Oleh MAISARAH AISYA

Duit raya memanglah bukan wajib tapi jangan lebihkan anak orang lain berbanding anak sendiri.

Siapa sahaja tidak kecewa apabila suami melebihkan keluarga mentua dan anak saudara berbanding isteri dan anak sendiri.

Seorang wanita tak menyangka si suami sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk diberikan kepada anak saudara dan mak mentua.

Di bawah adalah luahan tersebut yang dimuat naik menerusi satu media sosial.

Aku bukanlah cemburu atau iri hati kerana hubungan aku dan keluarga mentua baik-baik sahaja dan ini adalah sekadar meluah perasaan.

Ini bukanlah pertama kali aku terkilan dengan sikap suami, sepanjang kami berkahwin selama tujuh tahu, tak pernah sekali pun aku dan anak dapat duit raya.

Baca Artikel Penuh