8 tahun kahwin, Marsha Milan kongsi mentua dan suami tak pernah bagi tekanan, mahu buat IVF hujung tahun ini

Oleh MAISARAH AISYA

Setiap pasangan yang berkahwin pastikan mahu zuriat sendiri hingga sanggup berhabisan ribuan ringgit demi mendapatkan cahaya mata.

Baik orang biasa mahupun selebriti, ada dikalangan kita yang susah mendapatkan zuriat sendiri tanpa bantuan pakar.

Buat bekas peserta Akademi Fantasia, Marsha Milan sudah merancang untuk mencuba kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) hujung tahun ini lapor Harian Metro.

Sudah lapan tahun usia perkahwinan, Marsha sudah berbincang bersama suaminya Mohamed Shaiful Nizam mengenai IVF.

Siap buat ‘research’

Setiap prosedur ada kelebihan dan kekurangan maka Marsha bertindak untuk selidik berkaitan IVF dengan rakan-rakan yang sedang menjalani kaedah berkenaan.

Baca Artikel Penuh