Pulau Pinang terpinggir, negeri kedua terendah terima peruntukan bajet 2022 Kerajaan Pusat

Oleh KIM SYAZIE

Pulau Pinang seringkali dipinggirkan dan merupakan negeri kedua paling rendah menerima peruntukan bajet 2022 dari kerajaan Persekutuan.

Menurut Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow, tindakan tersebut adalah tidak wajar jika dibandingkan dengan jumlah sumbangan kerajaan negeri Pulau Pinang kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

“Pulau Pinang meminta agar diberikan sekurang-kurangnya RM5bilion setiap tahun supaya peruntukan tersebut dapat digunakan bagi merancakkan lagi pembangunan di Pulau Pinang serta manfaat dan kesejahteraan rakyat jelata.

“Manakala itu, baki pinjaman kerajaan Persekutuan yang belum selesai sehingga 31 Mac 2021 seperti mana Mesyuarat Kewangan Negara yang dipengerusikan oleh setiap kerajaan negeri mencatatkan Pulau Pinang adalah yang paling sedikit iaitu sejumlah RM49.6 juta sahaja.

“Sementara itu angka juga menunjukkan Pulau Pinang bukan saja mempunyai baki pinjaman kerajaan Persekutuan yang terendah sehingga Mac 2021 malah juga bagi tahun 2020 dengan jumlah baki sebanyak RM53.8 juta dan sejumlah RM49. 6 juta juga bagi tahun 2019,” tegas beliau.