Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, sekiranya Barisan Nasional (BN) tidak jatuh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, tidak mungkin kes penyelewengan dana 1MDB membabitkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dibicarakan.
“Hari ini menunjukkan kuasa rakyat menolak perasuah membolehkan mereka-mereka seperti ini dibawa ke muka pengadilan,” ciapnya di Twitter hari ini.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal dalam rayuannya untuk mengenepikan sabitan dan hukuman kes penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd..
Panel hakim juga mendapati keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada Najib adalah tepat dan tidak terkhilaf.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.