19 kematian akibat Covid-19 semalam

Oleh KIM SYAZIE

Sejumlah 19 kematian akibat Covid-19 dilaporkan setakat semalam, menurut data yang dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman web COVIDNOW.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian sehingga 6 Januari sebanyak 31,628 kes.

Daripada jumlah kematian yang dilaporkan, empat kes (21.1 peratus) meninggal dunia sebelum mendapatkan rawatan di hospital.

Kes BID kini mencatat keseluruhan 6,382 kes.

Pecahan kes kematian mengikut negeri: Selangor (4), Johor (3), Kelantan (2), Pahang (2), Sabah (2), Terengganu (2), Melaka (1), Negeri Sembilan (1), Perak (1) dan Pulau Pinang (1) .