Pemuda AMANAH Perak tidak bersetuju dengan keputusan Umno yang mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam keadaan ekonomi negara tidak stabil dan situasi rakyat yang baru sahaja dilanda bencana banjir.
Pengarah Komunikasinya, Mohd Ikhmal Mohd Iskandar berkata, PRN Johor ini jelas memperlihatkan sikap sesetengah pihak yang terburu-buru membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor tanpa mengambil kira keadaan semasa.
Justeru katanya, memandangkan gendang sudah dipalu, Pemuda AMANAH negeri Perak menyatakan kesediaan mereka untuk menggerakkan seluruh jentera Pemuda dalam usaha mendapatkan semula mandat yang telah dicuri.
“Kami menyeru rakyat Johor supaya menjadikan PRN ini sebagai satu referendum bagi memberi pengajaran kepada Umno Johor supaya tidak sewenang-wenangnya membubar DUN Johor walau apa keadaan sekalipun.
“Disamping itu kami berharap agar konsep payung besar yang telah disepakati dalam Konvensyen AMANAH Nasional yang berlangsung semalam dapat diterjemahkan bermula pada PRN Johor dalam berdepan musuh PH yang satu iaitu Umno-BN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar telah berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) berkuat kuasa 22 Januari 2022.
Pengumuman tersebut sekaligus memberi laluan kepada PRN yang perlu diadakan dalam tempoh 60.