Rayan meninggal dunia selepas jatuh dalam perigi buta

Oleh BORHAN AHMAD

Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, Rayan yang dilapor terjatuh ke dalam perigi sempit sedalam 32 meter di wilayah Chefchaoen, utara Maghribi telah meninggal dunia malam tadi.

Raja Maghribi, King Mohammed V1 menyampaikan rasa dukacitanya kepada keluarga Rayan ekoran kematian itu, lapor AP.

Rayan mengikuti bapanya untuk membaik pulih sebuah perigi kering berdekatan rumahnya.

Pada ketika bapanya sedang sibuk, Rayan berkemungkinan bermain-main di sekitar perigi tersebut dan setelah beberapa ketika baru bapanya mula sedar, anaknya Rayan hilang.

Setelah puas mencari, baru tersedar yang anaknya telah terjatuh ke dalam perigi kering itu. Bapa Rayan kemudiannya meminta penduduk kampung datang membantu tetapi terdapat masalah kerana Rayan terjatuh di kedalaman melebihi 30 meter.

Walaubagaimanapun, pihak penyelamat telah mengesahkan bahawa Rayan masih hidup di bawah sana. Corong oksigen, lampu, air minuman dan makanan serta kamera telah dihulurkan ke bawah.

Pihak berkuasa dibantu dengan mesin jentolak telah memenuhi kawasan tersebut selepas Rayan terjatuh sejak Selasa lalu.

Budak itu bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan sedar selepas pihak berkuasa meletakkan kamera bagi melihat situasi kanak-kanak lelaki itu.

Namu Rayan yang cedera di kepala dilaporkan meninggal selepas dibawa ke hospital.