Kesan dari hujan lebat yang luar biasa sehingga banjir luar biasa di Terengganu baru-baru ini telah menyebabkan buah-buahan tidak menjadi.
Walaupun bunga telah keluar dengan banyak pada kebanyakan pokok buah-bahan, namu ia telah rosak.
Inilah antara sungutan dalam kalangan para tetamu dan tuan rumah semasa mengadakan kunjungan Aidilfitri tahun ini.
Mereka menunjukkan bunga yang keluar dengan banyak tetapi hampir kering dan gugur ekoran hujan luar biasa itu.

“Sebelum hujan dulu, banyak bunga keluar tetapi tengok lah sekarang, semua sudah mula gugur dan kering,” kata Rozita Mohamad di Kampung Gelugor Kedai, Kuala Terengganu.
Musim hujan biasanya berlaku pada bulan November dan Disember di Pantai Timur namun banjir telah melanda Terengganu April lepas.
Ketika itu, bunga baru keluar pada kebanyakan pokok buah-buahan di Terengganu.
Antaranya mangga, rambutan, duku, nangka dan juga jambu air.
Namun apabila hujan turun dengan lebat, bunga itu telah rosak.