Kes cacar monyet dah tembusi Singapura, jejak kontak rapat sedang dijalankan

Oleh KIM SYAZIE

Penyakit Monkey Pox atau cacar monyet dilaporkan sudah menembusi Singapura apabila satu kes import dikesan dalam republik berkenaan

Channel News Asia melaporkan, pesakit merupakan warganegara Britain berusia 42 tahun, bekerja sebagai kru kabin sebuah syarikat penerbangan.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura, lelaki itu berada di negara itu antara 15 hingga 17 Jun 2022 dan sekali lagi pada 19 Jun.

“Beliau disahkan positif cacar monyet pada 20 Jun. Beliau kini dirawat di wad Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID), dan keadaannya stabil. Pengesanan kontak sedang dijalankan,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawangnya.

Kes itu mengalami sakit kepala pada 14 Jun dan demam pada 16 Jun.

Baca juga: PH beri masa 24 jam kepada kerajaan tangani isu subsidi, kos sara hidup rakyat