Seperti yang semua tahu, pengarah berbakat yang mula naik dari video-video spontan di YouTube iaitu Syahmi Sazli kini sedang giat mengusahakan perniagaan air balang miliknya.
Pada awal Jun lalu, Syahmi terpaksa menghentikan operasi jualan air balangnya selepas mengambil kira beberapa faktor seperti lokasi jualan di atas petak parkir yang dibimbangi mengambil hak orang lain.
Dia terpaksa memberhentikan kesemua 15 pekerja secara mengejut selepas dua bulan beroperasi dan memutuskan untuk memberi bonus sebanyak RM1,000 setiap seorang pada hari terakhir perniagaannya. Keuntungan ketika itu sebanyak RM19,000.
Terbaru Syahmi telah membuka semula perniagaan air balang di lokasi baru di ‘Syahmi Sazli Production Office Baru’.
Apa yang menarik perhatian, baru-baru ini dia telah membawa kesemua pekerja air balang untuk bercuti ke Langkawi. Dia juga sempat berkongsikan momen gembira apabila memberi hadiah mewah kepada pekerja-pekerjanya.
Dapat dilihat Syahmi siap belanja pekerjanya emas di Poh Kong. Perkara berkenaan menarik perhatian ramai yang memuji sikap Syahmi tidak pernah lokek dan kedekut dengan pekerja.
Syahmi juga dipuji pandai menghargai pekerja kerana sanggup berhabis ribuan ringgit berbelanja untuk pekerjanya.
“Hari ini singgah Aman Central Mall dengan dewa-dewa air balang mi.. Belanja satu barang sorang. Biar boleh kuca air koho sedap lagi pahni,” tulisnya di Facebook sambil berkongsikan gambar bersama para pekerja.
Meninjau ke ruangan komen, ada yang berkata pekerja Syahmi adalah yang paling beruntung kerana ada majikan yang sangat menghargai pekerja.
“Betapa beruntungnya kamu semua mendapat bos yang sangat-sangat menghargai kalian…alhamdulillah….,” tulis pengguna Facebook.
“Majikan paling terbaik pernah aku tengok..semoga Allah limpahkan lagi rezeki abe mi seperti lautan yang luas,” tulis yang lain pula.
“Bestnya dapat boss pemurah macam ni. Semoga makin murah rezeki,” doa pula pengguna FB yang lain.
Baca juga: Tak pernah dibuat orang, ibu sambut hari lahir anak perempuan bertemakan pemujaan syaitan
Baca juga: Pemandu buat ‘keras’ tak mahu berganjak walau kena hon dengan bas Rapid KL