Undi individu yang baik, mempunyai Master Al-Azhar atau pun tiga PhD sekalipun, sekiranya dari parti korup, ianya memang tidak relevan.
Begitu juga apa lah gunanya mempunyai ijazah berjela-jela tersebut sekiranya senantiasa menjadi syaitan bisu menyokong parti yang mana Presidennya pun mempunyai 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Malah kata Pengarah Komunikasi dan Penerangan Pakatan Harapan Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria, apabila terdapatnya syaitan bisu terhadap kemungkaran pemimpin parti mereka sendiri maka kemunafikan yang menjadi amalan parti terbabit akan berterusan dan bermaharajalela.
“Bukti sahih ialah kes 1MDB melibatkan Dato Seri Najib Razak yang bermula pada tahun 2009 telah pun mula disebut di Parlimen oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2013 dan diteruskan pula oleh Rafizi Ramli pada tahun 2015.Namun begitu golongan tersebut masih lagi menjadi syaitan bisu, bahkan yakin bahawa ia adalah satu fitnah dan pembohongan.
“Apabila dibawa pula oleh Tun Mahathir pada tahun 2016 dan akhirnya rakyat membuat keputusan bijak dengan menghukum Umno dalam pilihan raya umum ke 14 setelah ketara rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram menjadi modus operandi lazim bagi penguasa dan pemimpin yang menyakau wang rakyat.
“Lebih menyedihkan lagi apabila syarikat baru ditubuhkan setahun jagung pun berjaya mendapat projek puluhan dan ratusan juta ringgit walaupun mereka tidak mempunyai ilmu maupun pengalaman tentang projek terbabit,” ujar beliau ketika dihubungi.
Sehubungan itu ujarnya. rasuah merupakan satu penyakit dan menjadi musuh negara yang harus ditentang kerana seandainya dibiarkan berleluasa ia sudah pasti akan menjadi kanser tahap 4 yang mampu merobek segala kebahagiaan sedia ada.