Peniaga boleh lega, KPDNHEP beri jaminan bekalan telur di seluruh negara akan pulih bulan ini

Oleh KIM SYAZIE

Kekurangan bekalan telur dalam negara telah berlaku antara lima hingga 10 peratus di pasaran disebabkan faktor peningkatan kos makanan ternakan selain operasi di 21 ladang kecil telah ditutup.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ketika bercakap kepada pemberita berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa masalah kekurangan bekalan telur ayam di seluruh negara akan diselesaikan dalam bulan ini.

Bahkan, wakil-wakil syarikat pengeluaran telur telah memberi jaminan untuk menambahkan pengeluaran bagi menampung permintaan tinggi terhadap bekalan komoditi itu, kata Timbalan Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Roziah Abudin berkata

“Jadi kita menjangkakan pengeluaran ini akan dapat dipulihkan semula dalam bulan ini.

“Kita juga sedang memantau berkaitan penggunaan bekalan telur oleh industri ataupun peniaga dan sebagainya,” kata beliau.

Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada kerajaan untuk menghulurkan bantuan dari segi modal kepada syarikat-syarikat pengeluaran telur supaya mereka dapat meningkatkan kapasiti bekalan telur.

Selain itu beliau berkata, dengan pembukaan ekonomi terutama industri pembuatan makanan seperti restoran dan penjaja, tidak mustahil penggunaan telur terus meningkat disebabkan bertambah permintaan kepada perniagaan mereka.

Baca juga: Ahli keluarga dakwa Abang Viva kahwin tanpa restu ibu bapa

Baca juga: Kes bunuh perlu ada 3 elemen yang paling utama ‘niat membunuh’-Hujah peguam ini undang perbincangan hangat netizen