Pas akan berbincang dengan rakan komponen Perikatan Nasional (PN berhubung tawaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyertai Kerajaan Perpaduan yang diketuainya.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata beliau akan membincangkan perkara itu dalam masa terdekat di samping meninjau pandangan dan kesediaan para pengundinya berhubung pelawaan Perdana Menteri itu.
“Mengenai tawaran Perdana Menteri kepada PN untuk menyertai Kerajaan Perpaduan pimpinannya, Pas mengucapkan terima kasih seterusnya dalam waktu terdekat akan membincangkan perkara ini dengan rakan-rakan komponen dalam PN.
“….di samping turut sama meninjau pandangan dan kesediaan rakyat khususnya para pengundi yang telah memberikan undi yang amat memberangsangkan kepada Pas dan PN dalam PRU-15 yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada semalam, Anwar dalam sidang media sulungnya menawarkan kepada semua parti politik termasuk Perikatan Nasional untuk menyertai Kerajaan Perpaduan yang beliau ketuai.
Tawaran ini diberikan selepas Pengerusi HARAPAN itu mendapat sokongan penuh dari Barisan Nasional, GPS dan beberapa Ahli Parlimen Bebas yang menjadikan beliau mengetuai kerajaan yang kuat.
Bagi membuktikan kekuatan kerajaannya, Anwar mengumumkan akan mengadakan sidang Parlimen 19 Disember ini.
Sementara itu, Takiyuddin dalam kenyataan yakin Anwar akan melaksanakan tanggungjawab dengan baik, adil dan ihsan serta turut mengutamakan konsep federalisma yang wajar kepada seluruh negeri-negeri dan rakyat jelata.
Baca juga: Pemimpin dunia ucap tahniah pada Anwar, berharap dapat kuatkan kerjasama dua negara
Baca juga: Nyawa hampir melayang, nasib pokok jatuh selepas sudah keluar kereta