Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kira-kira selepas satu jam dilihat memasuki Istana Negara.
Kenderaan membawa Anwar dilihat keluar dari Pintu Utama Istana Negara kira-kira jam 9.15 pagi.
Difahamkan, beliau telah mempersembahkan senarai jemaah Kabinet Kerajaan Perpaduan bagi mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah.
Anwar seterusnya djadual pulang ke Tambun untuk menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta pada jam 10 pagi ini, selain menghadiri beberapa program bersama rakyat sehingga jam 1 tengah hari nanti.