Bilangan cabutan khas judi akan kembali dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2020 telah mengurangkan kekerapan cabutan khas pada kepada lapan kali sahaja setahun.
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disertai Bersatu dan Pas telah meningkatkan kembali kekerapan cabutan khas kepada 22 kali pada tahun lalu.
Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri pertamanya hari ini, Anwar berkata, keputusan drastik itu diambil walaupun baru sehari mengetuai Kementerian Kewangan.
“(Dalam masa) satu hari saya jadi menteri kewangan, saya boleh ambil keputusan untuk membatalkan keputusan awal tahun ini mengenai cabutan khas perjudian yang dilakukan Jemaah Menteri yang ketika itu disertai Pas dan Bersatu untuk meningkatkan cabutan daripada lapan ke 22 kali.
“Pada hari ini, saya arahkan ia dikekalkan pada tahap lama, iaitu lapan kali. Mulai 1 Januari 2023, cabutan khas perjudian yang sekarang selama 22 kali akan turun lapan kali,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri pertamanya hari ini.
Pada tahun 2021, kerajaan telah memberikan kebenaran syarikat judi mengadakan 22 “cabutan khas” untuk nombor 4D tahun ini, tiga kali ganda daripada biasa.
Baca juga: Menteri Kabinet setuju gaji dipotong 20 peratus, Anwar juga tidak akan ambil gaji Menteri Kewangan