Netizen bengang dapat tahu trak pikap halang ambulans rupanya pegawai polis

Oleh KIM SYAZIE

Satu rakaman yang tular di Thailand telah menimbulkan kemarahan netizen di negara itu apabila masih ada segelintir pihak tidak cakna untuk mengutamakan laluan ambulans.

Dilaporkan, pada pagi Ahad lalu, seorang pemandu trak pikap telah menghalang jalan sebuah ambulans yang sedang membawa pesakit kritikal.

Apa yang membuatkan ramai berang, pemandu itu rupa-rupanya adalah seorang pegawai polis berpangkat Kapten di Balai Polis Dan Khun Thot lapor Thaiger.

Pemandu ambulans yang juga anggota sukarelawan dari Yayasan Sawangwitcha Dhammasathan, Worawut Naebchid memberitahu, ketika kejadian seorang wanita warga emas berusia 72 tahun dilaporkan tidak sedarkan diri di Kampung Ban Khok Sanga.

Walaupun penyelamat sudah bergegas ke sana namun angotanya masih tidak dapat menyedarkan wanita tersebut maka dia dibawa ke hospital dengan segera.

Namun dalam perjalanan, ambulans yang dipandunya dihalang oleh trak pikap Ford walaupun dia menghidupkan siren dan lampu kecemasan berhampiran Pasar Segar Mittraphap.

Trak pikap itu berhenti di lampu merah dan ia turut menyebabkan ambulans tersebut tidak dapat meneruskan perjalanannya.

Pemandu tersebut telah membuat pengumuman untuk berikan laluan kerana ada pesakit kritikal namun tidak diendahkan.

Bagaimanapun netizen berpuas hati mengetahui pemandu tersebut kemudian didenda sebanyak 500 baht (RM62.85) kerana melanggar Akta Trafik Jalan Raya (1979).

Baca juga: Kekerapan tren LRT dalam usaha dipertingkat kepada tiga minit berbanding lima minit – Anthony Loke

Baca juga: Tersuka rakan satu tempat kerja sebab suami tak layan, netizen perli tah-tah suami dia pun jaga perasan wanita lain