“Budaya kerja teruk”- Akui terbiasa kerja dengan Cina, lelaki jadi kejutan budaya bila kerja dengan syarikat Melayu

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pemuda yang dikenali sebagai Dr Amirul Amin mengakui ada perbezaan ketika dia bekerja di bawah syarikat Cina dengan syarikat Melayu yang membuatkan dia terasa sedikit ‘kejutan budaya’.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, dia menyenaraikan 10 budaya bekerja di syarikat swasta Cina yang berbeza dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mempunyai hampir 100 peratus pekerja Melayu.

“Saya pernah kerja di beberapa GLC. Sengaja tidak letak namanya kerana tidak mahu memalukan. Kalau nak tahu kenapa syarikat Cina lebih perform kenalah tengok budaya kerja mereka. Kita Melayu ini bukan tak bagus, tapi budaya kerja tu teruk sangat,” katanya.

Kami sertakan perkongsian penuh pemuda ini seperti di bawah;

1. Saya kerja dengan Cina lama. Lama-lama saya punya perangai macam Cina. Bila saya kerja dengan satu GLC yang 99.9% Melayu ada kejutan budaya.

Di company Cina selagi belum pukul 7pm tak ada siapa sibuk nak balik. Di GLC tersebut pukul 4.30pm dah siap kemas meja. Pukul 5pm tepat semua balik.

2. Di company Cina kita nak jimat kos pembinaan. Di GLC itu macam tak ada siapa peduli kalau mahal dan rugi.

3. Di company Cina, HR remind kerja baik-baik kalau company untung banyak kita dapat bonus. Di GLC itu company rugi setiap tahun tapi staff sibuk nak minta bonus.

4. Di company Cina kita nampak bos dan hala tuju company. Di GLC itu kita panggil company tak ada bos. Semua auto-pilot.

5. Di company Cina staff sikit kerja banyak. Di GLC itu kerja sikit staff ramai.

6. Di company Cina hampir semua orang bekerja bersungguh-sungguh yang malas tak ramai. Di GLC itu yang malas lagi ramai daripada yang bersungguh-sungguh kerja.

7. Di company Cina anda cakap banyak anda bagus sebab anda nak improve company. Di GLC itu kalau cakap banyak kena cap dengan bos dan staff lain.

8. Di company Cina kita bising-bising nak bagi kerja jalan. Di GLC itu kalau kita bising-bising depa kata berlagak nak tunjuk dia sorang je kerja.

9. Di company Cina kita meeting set target tahun depan pada bulan Jun. Di GLC itu kita meeting set target tahun depan pada bulan Disember.

10. Di company Cina susah nak cuti. Bos kena make sure ada rotation kalau hujung tahun. Di GLC itu satu department lumpuh pasal semua cuti. Bos depa boleh approved pula semua orang cuti.

Apa kata anda?

Baca juga: Tiga tahun yang sia-sia, setia tunggu teman lelaki masuk minang tapi akhirnya wanita lain yang dibawa jumpa ibu

Baca juga: Hantar komunikasi lucah, lelaki didenda RM7,000