PM Anwar terima kunjungan hormat dari Presiden Timor Leste

Oleh KIM SYAZIE

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat dari Presiden Republik Demokratik Timor Leste, TYT Dr José Ramos-Horta di Seri Perdana, Putrajaya tengahari tadi.

Dalam pertemuan tersebut, Anwar menyatakan komitmen Malaysia untuk terus bekerjasama dengan negara-negara anggota ASEAN serta berbincang mengenai pelan hala tuju keanggotaan Timor-Leste sebagai negara anggota ASEAN.

“Semoga hubungan antara kedua-dua negara akan terus diperkukuh menerusi pelbagai lapangan kerjasama,” kata Anwar dalam kemaskini di Facebook.

Ramos-Horta dan delegasi tiba di Malaysia semalam untuk lawatan khas dan antaranya bertemu Anwar bagi membincangkan serta menilai kemajuan kerjasama antara kedua-dua negara selain meneroka ruang kerjasama baharu.

Turut serta dalam pertemuan itu adalah Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin.

Malaysia dan Timor-Leste mengekalkan hubungan yang erat dan mesra sebelum kemerdekaan Timor-Leste pada 2002.

Malaysia, kata Anwar akan terus memberi dukungan kepada Timor-Leste dari aspek pembangunan sosial, keselamatan dan ekonomi

Melalui pertemuan ini Anwar juga yakin negara berupaya menilai kemajuan kerjasama antara Malaysia dan Timor Leste serta meneroka ruang kerjasama yang baharu.

Baca juga: Polis pengiring PM dahulukan laluan pada ambulans siap tolong iring, raih pujian netizen

Baca juga: MB Perlis jadi menteri besar pertama jumpa PM Anwar