Hati-hati dengan sindiket tawar kerja, dakwa guna maklumat daripada SPA

Oleh KIM SYAZIE

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengingatkan orang ramai agar berwaspada dan tidak terpedaya dengan jerat sindiket penipuan pekerjaan yang mendakwa mendapat nombor telefon daripada SPA.

SPA menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima aduan berhubung agensi menawarkan pekerjaan menerusi WhatsApp yang membuat hantaran mesej kepada mangsa seterusnya mendakwa mendapat nombor telefon daripada SPA.

“Terdapat kemungkinan wujud platform media sosial lain yang digunakan bagi menjalankan aktiviti sama.

“SPA menafikan telah memberi maklumat calon kepada pihak tertentu yang menawarkan pekerjaan.

“Malah, SPA juga tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak untuk menawarkan pekerjaan bagi pihak SPA,” katanya dalam pemakluman hari ini.

Baca Juga: 5 tahun bekas suami ‘lepas tangan’ tak bagi duit, wanita ini berjaya tuntut nafkah hampir RM70,000