Ejen nikah Siam ligat buat promosi kahwin murah serendah RM2,000

Oleh KIM SYAZIE

Pelbagai usaha dilakukan ejen nikah Siam untuk memancing mereka yang mahu berkahwin di Thailand.

Seperti satu poster yang berlegar di media sosial, ejen ini dilihat galak membuat hebahan menawarkan harga serendah RM2,000 untuk pakej perkahwinan di sana.

Ini termasuk bayaran kepada majlis agama, pengangkutan dan makan tengah hari bagi setiap pasangan.

Pakej tersebut meliputi pengurusan selama satu hari ke negara seberang itu.

Sekurang-kurangnya terdapat tiga ke empat pakej yang ditawarkan.

Isu nikah di Thailand menjdi perbualan hangat sejak kebelakangan ini selepas seorang selebriti yang juga pengarah terkenal membuat pendedahan berkahwin di Thailand.

Pakej nikah di Thailand ini disebarkan oleh beberapa akaun di Facebook merangkumi pembayaran kepada pihak Majlis Agama Islam Narathiwat.

Dimaklumkan juga segala urusan pernikahan akan dikendalikan oleh pihak profesional dan pengalaman.

“Pernikahan sah mengikut syarak dan dokumen di terima oleh kerajaan Malaysia,” kata poster itu.