Kekalahan 3-0 menentang pasukan Thailand dalam perlawanan separuh akhir malam semalam menandakan tamatlah perjuangan skuad Harimau Malaya dalam Kejohanan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.
Skuad bimbingan Kim Pan-Gon itu tidak berjaya menempah tiket ke final AFF apabila gagal menentang juara bertahan Thailand di gelanggang lawan, Stadium Thammasat di wilayah Pathum Thani.
Selain perbincangan hangat mengenai aksi pemain yang dilihat lemah apabila kerap tergelincir saat mengawal bola, rakyat Malaysia turut dilihat menyinggung peminat sukan nombor 1 tanah air.
“Yang paling gembira Malaysia kalah ialah peminat Jay Chou. Seminggu berdebat dengan peminat bola Malaysia. Dan paling lega, crew konsert Jay Chou yang tidak perlu mengemas pentas dengan segera. Kalau tak, final sehari lepas konsert kau ghaseee,” kongsi pengguna bernama Blakarecap.
Amirul Hakim turut berkongsi pandangan yang sama. Katanya, skuad Malaysia layak merima kekalahan akibat sikap tidak matang peminat Malaysia yang menyerang laman sesawang peribadi penyanyi asal Taiwan itu.
“Memang padanlah kalah, serang instagram Jay Chou, baling sampah, rembat seat orang, main laser, main air-horn, terpaling SNBJ bola punya” katanya
Minggu lalu, pengunguman yang dibuat Jay Chou di laman media sosial instagram mengenai konsert dianjurkan di Bukit Jalil itu dibanjiri komen negatif yang berpendapat bercanggah dengan tarikh telah ditetapkan.
Konsert itu dijadualkan 15 Januari manakala perlawanan Malaysia menentang dijadualkan berlansung pada 16 Januari sekiranya Malaysia berjaya lolos ke final.
“Para peminat bola Malaysia, saya tahu awak memandangkan serious bola sepak. Saya boleh beri kerjasama untuk menunda konsert, tiada masalah. Tapi isu utama ialah, awak semua patut tanya persatuan bola atau stadium untuk menunda konsert ke tarikh lain.
“Bagi saya, asalkan saya dapat menyanyi kepada peminat saya pun dah okay. Saya harap semua yang datang ke konsert saya, dalam keadaan yang senang hati.” kongsi Jay Chou bagi menjawab tuntutan sebahagian rakyat Malysia untuk membatalkan atau menangguhkan konsert beliau.
Baca juga: Padu habis! Aksi beregu Malaysia main badminton sambil duduk buat ramai kagum