Sistem keselamatan negara menjadi perbualan hangat apabila puncak bangunan kedua tertinggi di dunia, Merdeka 118 kembali diceroboh secara haram oleh seorang warganegara Amerika Syarikat.
Bekas anggota tentera yang bernama Isaac Wright itu berkongsi pengembaraan tersebut menerusi laman Youtube miliknya, ‘Driftershoots’.
“Perjalannya sangat panjang, sukar dan penuh cabaran. Perjalanan yang berakhir dengan jayanya ini merupakan hadiah akhir tahun buat saya,” kongsinya.
Jika sebelum ini kongsian tular pasangan Russia yang memanjat bangunan yang sama mengundang kecaman kepada mereka, lain pula bagi Isaac.
Hal ini kerana rakyat mempersoalkan bagaimana bangunan yang terletak di Bandaraya Kuala Lumpur ini begitu senang diceroboh.
Seorang pengguna laman sosial Twitter yang bernama Chaesara19 bertanya dimanakah perginya mereka yang bertanggungjawab mengenai hal ini yang dilihat diam membisu.
‘’Mana PMX, Menteri Pertahanan, menteri-menteri terlibat kesayangan korang. Takkan diam sahaja soal isu ini. Ini sudah berlebihan apabila dua kali orang luar menceroboh. Ni bukan pasal rasuah dah, ini soal keselamatan, jenayah dah ni.’’ katanya
“Nama menara Merdeka, tapi pemimpin kita tiada rasa malu. Tidak ada sebarang kenyataan atau tindakakan tegas”, kongsi pengguna lain.
“Malu Malaysia macam ini, keselamatan senipis bawang tanpa sebarang pemeriksaan lengkap dijalankan. Selamba saja masuk keluar bangunan tinggi’’, soal pengguna bernama Hilman
Namun begitu, tidak kurang juga komen yang mencuit hati penduduk Malaysia yang berpendapat industri perlancongan perlu mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran bagi mereka yang ingin naik ke puncak menara.
“Baik kenakan bayaran satu tiket buat satu orang atau mengikut jam dan tandatangan borang persetujuan,” kata Haidir ihsan