Cuti Tahun Baru Cina, jalan menuju ke Pantai Timur mulai sesak

Oleh KIM SYAZIE

Bila dah namanya cuti perayaan pastinya semua anak perantau mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman.

Walaupun sentiasa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas terutamanya di lebuhraya, bagi yang sudah biasa ini tidak menjadi halangan.

Aliran trafik perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) susulan kenderaan dikatakan bertambah bermula sekitar pukul 2 petang tadi.

Lembaga Lebuhraya Malaysia menerusi laman Twitter berkata, trafik perlahan bermula dari Genting Sempah ke Terowong Genting Sempah dan sebelum memasuki Plaza Tol Gombak.

Sementara di Lebuh Raya Utara Selatan, PLUS @E1, trafik dilaporkan perlahan dari arah Utara Slim River ke Sungkai, Bidor ke Tapah terus Gopeng dan Autocity Juru ke Perai.

Manakala di PLUS@E2, kenderaan bergerak perlahan dari arah Utara Senai ke Kulai, Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Senawang ke Port Dickson.

“Keadaan sama berlaku dari arah Selatan Bandar Ainsdale ke Port Dickson susulan kemalangan di Kilometer (KM) 256.9 arah Selatan (Seremban-Port Dickson) yang menyebabkan semua lorong terhalang.

“Status terkini, lorong kiri dan lorong tengah telah dibuka. Trafik perlahan masih perlahan,” jelasnya.

Baca juga: Anwar pegang arnab untuk ucap Tahun Baru Cina, warganet berseloroh nasib baik bukan binatang lain