Elok-elok dua kereta boleh lalu, wanita bengang jiran buat laluan masuk rumah sampai makan jalan

Oleh KIM SYAZIE

Bila dah hidup dalam komuniti berjiran maka janganlah pentingkan diri dengan mengubah suai rumah hingga menyukarkan orang lain.

Apatah lagi jika melibatkan laluan ke kawasan perumah, laluan rumah yang dibina terlalu tinggi menyukarkan kenderaan keluar masuk.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa di Facebook, Azi Melon mengenai sikap penting diri jirannya itu.

“Dulu masuk lorong, ada dua kereta pun tiada malas tapi serang separuh jalan dah diambil untuk buat binaan laluan ke rumah sendiri.

“Kalau ada kereta lain masuk, maka ada yang terpaksa korbankan kereta dengan entrance yang senget ini.

“Lori sampah jadi susah nak masuk, sekarang terpaksa berhenti depan lorong supaya pemungut dapat bawa tong ke depan,” ujarnya.

Seorang pengguna lain, Anakabah AnakOmak, berkongsi bagaimana ada jiran yang tembok rumah melebihi kawasan longkang.

“Dia menaikkan tembok sampai sukarkan keluarga aku untuk lihat kereta yang lalu-lalang tapi bila buat laporan tak boleh buat apa katanya,” tambahnya tidak berpuas hati.

Kalau rasa nak pentingkan diri sangat, duduklah di kawasan banglo atau beli tanah di tempat terpencil, tiada siapa akan ganggu anda.

Baca juga: Buat servis balut buku teks, warganet puji wanita pandai tambah pendapatan sendiri