Pelakon curang, netizen persoal kenapa wanita ‘tak cantik’ selalu jadi penyondol

Oleh KIM SYAZIE

Tular sebelum ini mengenai seorang pelakon yang dikatakan curang selepas isterinya memuat naik hantaran di ‘story’ Instagram.

Melihat kepada situasi ini, maka berduyunlah netizen yang menyelidik siapakah wanita yang dimaksudkan.

Tak perlu susah-susah, sudah ada yang berkongsi gambar wanita tersebut di media sosial.

Malah sebelum ini netizen tampil mempertahankan isteri yang pernah teruk dikecam kerana rupa paras sebelum berkahwin.

Kini si penyondol pula dikatakan menganggu hubungan sehingga anak-anak juga rasa terganggu.

“Kesian isteri dia, dah la dulu netizen selalu cakap ‘tak cantik’, tak layak kahwin dengan (nama pelakon), pastu sekarang dicurangi pula.

“Saya harap dia tak salahkan diri sendiri, dan tak hilang keyakinan diri,” kata pengguna Twitter @nabilfikran10.

Seorang pengguna juga mempersoal lelaki yang curang ini memang jenis tidak memilih rupa.

“Kenapa yang hodoh hauk selalu jadi penyondol? Lelaki pun kenapa selalu curang dengan wanita rupa begini? Tolong bagi penjelasan,” kata Eva.

Baca juga: Masih beri bekas isteri duit perbelanjaan, lelaki maklum dia adalah ibu yang baik untuk anak-anak