Menghalang pintu pagar dengan kereta sudah dikira kesalahan apatah lagi buka pagar dan letak kereta hanya kerana menyangka rumah tersebut kosong.
Jika rasa rumah tersebut tiada penghuni, parkir sahaja di luar rumah, entah apa yang bermain di minda sampai sanggup parkir dalam kawasan pintu pagar.
Seorang pengguna berkongsi tangkap layar mengenai seseorang yang bertanya siapakah gerangan pemilik yang memrarkir di dalam kawasan rumahnya.
“Salam, siapa ni parkir di rumah saya, sebab nak letak kereta tak boleh ni,” kata pemilik dalam tangkap layar tersebut.
Warganet meminta pemilik untuk buat laporan polis bagi kes pecah rumah, malah ada juga yang berkongsi kisah sama berlaku padanya.
“Kalau aku la, telefon Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebab menceroboh kawasan rumah. Kering betul buat perangai hodoh macam tu,” ujar Najmuddin Mukhtar Zolkifli.
Saya pernah kena macam ni, suami duduk rumah mak dia kat Kluang. Jadi rumah kami kat taman lain di daerah yang sama tapi jarang datang jenguk rumah tu sebab kami perhubungan jarak jauh (pjj).
“Pagar masa tu memang tak diletak kunci. Ehh sekali datang siap elok je ada kereta parkir dalam beranda padahal rumah dia kosong,” kongsi Chik Yong Cik Lan.
Baca juga: Baru faham kenapa Watson ‘sealed’ produk, pemilik kedai pening lihat kotak dikoyak pembeli