Kalau tak mampu jangan kahwin, pemuda selar cadangan insentif khas untuk berkahwin bagi golongan B40

Oleh KIM SYAZIE

Perkahwinan ini bukanlah sekadar membendung maksiat malah tanggungjawab yang datang bersama juga adalah besar.

Jadi jika anda tidak mampu, maka hentikanlah niat untuk berkahwin kerana tugas akan bertambah dan kewangan juga main isu penting.

Di Malaysia sahaja sudah ada banyak kes dimana penceraian berlaku akibat faktor ekonomi jadi jika kahwin pun dibantu kewangan, adakah selepas kahwin juga harap bantuan.

Seorang pengguna Twitter, @1Obefiend memaklumkan bagaimana syarat kahwin adalah mampu.

“Syarat kahwin ialah mampu. Kalau tak mampu janganlah nikah. Kita ada data masalah kewangan penyumbang terbesar kes penceraian di kalangan orang Islam Malaysia.

“Beliau bekas timbalan menteri tetapi cadangan saya rasakan kurang cakna dengan situasi sebenar.

“Akan hanya mendatangkan isu yang besar jangka pendek dan isu serius jangka panjang. Tolonglah fikir masak-masak. Jangan susahkan diri kalau tak mampu,” ujarnya.

Isu ini adalah susulan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Hajah Siti Zailah mecadangkan insentif khas untuk berkahwin bagi golongan tidak mampu.

“Saya mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan insentif khas untuk mendirikan rumah tangga.

“Sebagaimana program Az-Ziwaj iaitu bantuan khas kepada anak muda kurang mampu ataupun B40 di Kelantan,” katanya ketika perbahasan di Dewan Rayat.

Baca juga: Jodoh sampai sini, isteri Hafidz Roshdi tak mahu ulas lepas diceraikan