Wee kesal makanan banjir tiada kualiti, netizen minta penyelesaian bukan jadi tempat mengadu sahaja

Oleh KIM SYAZIE

Bila terlibat dengan banjir, kadangkala yang meniti di fikiran penduduk terjejas bukanlah makanan tapi keadaan rumah yang terjejas banjir.

Namun bekas menteri kabinet Wee Ka Siong lebih memilih untuk fokus kepada kualiti makanan berbanding mencari jalan untuk menyelesaikan masalah banjir yang kerap berlaku.

Sebelum ini media melaporkan ahli parlimen Ayer Hitam itu melawat beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di kawasannya di Johor dan mendapati makanan yang dihidangkan kepada mangsa banjir kurang berkualiti.

Rata-rata warganet melihat isu kualiti makanan tidak berapa penting jika nak dibanding dengan kelangsungan hidup selepas banjir.

“Orang-orang banjir tengah suusah hati pasal barang, kelangsungan hidup lepas banjir,” kata @Hayden_6312.

“Dia ni memang tak pernah rasa susah. Orang kat sana tu lagi risau fikir keadaan rumah macam mana lepas banjir dan bila air nak surut.

“Makan pun mesti kurang berselera. Makan apa yang disediakan je untuk isi perut,” tambah @jajajers_.

Seorang pengguna Twitter, @mafiadhillon tidak suka melihat orang yang hanya tahu buat aduan tapi tak pernah bagi penyelesaian.

“Saya sangat tak suka orang yang suka mengadu mengenai semua hal tapi tak pernah berikan solusi atau penyelesaian.

“Semasa kecemasan memastikan kuantiti makanan adalah yang paling utama dan ya ia mesti selamat untuk dimakan,” ujar pengguna tersebut.

Benar isu yang dinaikkan juga penting, namun pastikan ada jalan penyelesaian diberikan sebagai pemimpin, bukan sekadar mengadu domba atau jadi kaunter aduan sahaja.

Baca juga: Tidak menunggang agama, Presiden Putra dakwa partinya lebih ‘bersih’ dari Pas