Netizen sebak lihat wanita bengkak mata menangis waktu hadiri majlis kahwin bekas kekasih

Oleh KIM SYAZIE

Kalau sudah bukan namanya jodoh, bercinta bertahun lama sekalipun akan tetap berpisah namun jangan pernah rendahkan diri hanya kerana cinta terputus di tengah jalan.

Tular satu video yang dimuat naik di Twitter @nkmthi_ menunjukkan seorang wanita yang menangis hingga bengkak mata gara-gara hadir ke majlis kahwin bekas kekasih.

Terlihat wanita itu ditenangkan oleh rakan-rakan dan melihat dari jauh bekas kekasih bersanding di atas pelamin.

Seorang pengguna Twitter, @marrrlein, menasihatkan wanita itu untuk tidak melihat dan terus pergi demi menjaga hati sendiri.

“Kalau dah tahu rasa sakit ditinggalkan untuk bernikah dengan orang lain, tengok dia dengan bahagian dengan wanita lain pun sakit maka janganlah lihat dia.

“Jangan malukan diri kamu dan rosakkan hari bahagia orang lain,” katanya.

Selagi hubungan itu tidak halal, maka tidak perlu diberi sepenuhnya kasih sayang. Bimbang kasih diberi ketika sedang menjaga jodoh orang lain.

Baca juga: Gara-gara anak gadis ‘tayang’ kemewahan di media sosial, bapa disiasat pihak berkuasa