Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md Yassin mendakwa kutipan derma yang dijalankan baru-baru langsung tidak membantu.
Menurutnya, wang yang dikumpulkan ‘Tabung Hibah Abah’ itu tidak memadai untuk membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah.
Katanya, disebabkan derma yang dikutip dari ahli parti itu tidak mencukupi, Mahiaddin terpaksa meminjam wang dari pihak lain.
Tidak perlu tidur di dalam penjara, Mahiaddin bersyukur pihak tersebut sanggup meminjamkan wang sebanyak RM2 juta kepadanya.
Perkara itu didedahkannya di dalam sebuah ceramah anjuran PN yang diadakan di Taman Melewar, Batu Caves, Kuala Lumpur.
“Nasib baik mereka bagi pinjam wang itu, kalau tidak saya masih dalam penjara sampai sekarang,” kata Presiden Bersatu itu.
Beliau yang juga bekas perdana menteri turut membongkarkan bahawa dirinya dan ahli keluarga berdepan dengan kesulitan untuk tidur malam.
Masalah itu mula dihadapi setelah pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram dijatuhkan kepadanya.
“Apabila saya membaca (berita) selepas pertuduhan, sukar untuk tidur malam. Isteri saya, di sebelah saya, sukar untuk tidur. Anak-anak saya risau, biasalah.” Ulasnya.
Mahiaddin kini berdepan dengan hukuman penjara jika didapati bersalah menggubah wang haram dan menerima rasuah RM232.5 juta.
Baca juga: “Banyak lagi rakyat susah, abah tu dah kaya”