Seorang wanita meluahkan kekecewaannya apabila kereta Proton X50 yang baru dibelinya tiga bulan lalu sering ‘menginap’ di bengkel.
Bagaikan memberi petanda, ‘signal’ kereta itu sudah tidak berfungsi pada hari pertama kenderaan tersebut keluar dari bilik pemeran.
Antara kenderaan utiliti sukan (SUV) yang paling laris di Malaysia, wanita itu bengang apabila kereta itu lebih sering berada di pusat servis kereta berbanding jalan raya.
Menurutnya, kenderaan jenama tanah air itu sering gagal dihidupkan atau mati di tengah jalan ketika sedang dipandu.
Keadaan itu amat merugikan buatnya apabila dia terpaksa terus membayar kereta itu secara bulanan walaupun jarang menggunakannya.
Malang tidak berbau, satu kejadian melibatkan ibunya menjadi satu titik tolak yang membuatkan wanita itu berkongsi luahannya di media sosial.
“‘Frust’ menonggeng. Mak sendiri pandu pada 17 Februari, kereta mati secara tiba-tiba semasa memandu. Nasib baik tidak terlibat dengan kemalangan.
“Sehingga hari ini 14 Mac, X50 masih di SC (pusat servis), mekanik syak ‘fuse box’ perlu ditukar ganti dan untuk mendapatnya perlu tunggu 2-3 minggu,” luahnya.
Yang membuatkan wanita itu berang, aduannya mengenai keadaan kereta itu hanya dipandang sepi oleh ibu pejabat Proton.
“Report HQ, HQ ‘passing’ kepada bahagian jualan, bahagian jualan pula ‘passing’ kepada QC. Entahlah, rasa diperbodohkan je beli kereta tapi tak boleh guna.
“Nak tuntut kereta baru jangan haraplah kot,” kata wanita itu di Laman Facebook miliknya.
Diharapkan pihak Proton mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu pelanggan yang telah berhabis keringat semata-mata untuk membeli kenderaan.
Baca juga: Tak dapat penuhi jemputan ceramah, Ustaz Kazim Elias dedah tiada tauliah di Selangor