Pasport dikembali untuk sementara waktu, Rosmah dibenar melawat ahli keluarga di negara jiran

Oleh KIM SYAZIE

Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dibenar oleh Mahkamah Rayuan semalam untuk dapatkan pasport sementara.

Rosmah dikatakan akan ke Singapura bagi melawat ahli keluarga, termasuk seorang cucu yang sakit.

Keputusan itu dibuat tiga panel hakim dipengerusikan Datuk Seri Kamaludin Md Said yang bersidang bersama Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Azman Abdullah.

Pasport Rosmah dikembalikan kepadanya untuk ke Singapura bermula Khamis ini hingga 5 Mei depan, dan akan dipulangkan semula kepada mahkamah pada 10 Mei.

Terdahulu peguam bela Rosmah, Datuk Jagjit Singh, memohon pasport dikembalikan sementara lapor Berita Harian.

Ini bagi membolehkan anak guam melawat anak perempuan, menantu dan dua cucu lelaki, termasuk seorang yang sakit di negara berkenaan.

Baca juga: Dah boleh buang kad Touch n Go anda! Ini senarai tol yang boleh guna kad debit