Kecoh budak lari dari asrama, sanggup jalan kaki sejauh 10km!

Oleh KIM SYAZIE

Tidak mahu tinggal di asrama, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun bertindak melarikan diri di tengah malam.

Tanpa pengetahuan tenaga pengajar, budak lelaki itu nekad pulang ke rumahnya sendirian dengan berjalan kaki.

Boleh terdedah dengan situasi yang membahayakan, kanak-kanak itu berjaya dijumpai oleh seorang penunggang motosikal.

Menerusi satu rakaman video yang tular, kanak-kanak itu ditemui di tepi Lebuhraya Seri Gombak, Selangor.

“Rawang ni jauh kalau nak jalan kaki. Kalau kena langgar tadi macam mana? Nasib baik abang jumpa,” kata penunggang motor itu.

Tidak mengakui dirinya dibuli, pelajar darjah enam itu mengadu bahawa dia tidak suka tinggal di asrama.

Enggan memburukkan keadaan, pemuda itu membuat keputusan untuk menghantar kanak-kanak itu ke balai polis.

Difahamkan, anak kecil itu diserahkan kepada petugas di Balai Polis Prima Sri Gombak di Batu Caves.

Mengulas lanjut, ahli keluarga kepada budak lelaki itu telah menghubungi pemuda berkenaan untuk berterima kasih.

Selamat disisi keluarga, mereka turut meminta pemuda itu untuk memadamkan video adik mereka yang telah ditularkan.

Baca juga: Muka The Rock dipenuhi dengan gincu merah jambu, ini yang terjadi sebenarnya