Bosan tak ada kawan, isteri pujuk suami minta dimadukan – “confirm masuk syurga dia ni..”

Oleh KIM SYAZIE

Sering dipinggirkan saat bermain gundam, seorang isteri membuat permintaan yang luar biasa daripada suaminya.

Tidak main-main, wanita tersebut meminta agar suami kesayangannya itu berkahwin dengan wanita lain.

Ingin memecah kesunyian, wanita itu sering rasa terabai saat suaminya mula ‘membina’ patung gundam.

Jika suaminya berkahwin satu lagi, dia bakal mempunyai teman untuk memasak, dan menonton Netflix bersama.

Pengalaman tersebut dikongsikan oleh sang suami yang memuat naik video tersebut di akaun TikTok.

@gunplaaddict

Pening la mcm ni 😫 org lain taknak dimadu yg dia ni siap suruh aku kawin lagi satu parok nisey!

♬ original sound – Gunpla Addict – Gunpla Addict

Setakat ini, video yang tular itu telah mendapat hampir sejuta tontonan dari pengguna platform tersebut.

“Peninglah macam ni. Orang lain tak nak dimadu, yang dia ni siap suruh aku kahwin lagi satu,” tulis kapsyen video itu.

Rata-rata penonton terutamanya lelaki mencadangkan agar sang suami untuk tidak melepaskan peluang keemasan itu.

Namun, ada juga beberapa individu yang memberi amaran kepada lelaki itu agar tidak terperangkap dalam jeratan sang isteri.

“Kasi on terus! Lesen dah bagi bro, peluang cuma datang satu sekali,” komen seorang pengguna.

“Dia saja tu, nak uji. Kalau terus jawab ok, esok saya nikah. Nanti dia kata, awak ada perempuan lain kan.” Kongsi pengguna lain.

Baca juga: Kecoh budak lari dari asrama, sanggup jalan kaki sejauh 10km!