Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa dikhabarkan memilih parti PAS bagi meneruskan perjuangan politiknya.
Difahamkan, bekas Setiausaha Agung UMNO itu telahpun mengisi borang keahlian parti pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang itu.
Menurut sumber, Annuar hanya akan mengesahkan penyertaan tersebut selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
Keputusan berkenaan dibuat Annuar selepas beberapa bulan beliau dipecat dari parti dan jawatan tinggi UMNO.
“Setakat ini Annuar dah buat keputusan untuk sertai PAS cuma tunggu masa untuk dia buat pengumuman rasmi.
“Difahamkan beliau akan umumkan perkara itu selepas sambutan Aidilfitri nanti sebagai langkah membangkitkan mood pilihan raya negeri (PRN),” kata sumber itu.
Sumber tersebut tidak menyangkal kemungkinan bahawa Annuar bakal mewakili Perikatan Nasional (PN) dalam PRN akan datang.
Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari mengakui dirinya ada terdengar khabar angin mengenai penyertaan Annuar itu.
Namun begitu, pihaknya belum menerima sebarang pemakluman secara rasmi dari sekretariat PAS.
“Dengar jauh-jauh itu ada (khabar angin),” akui Fadhli.
Baca juga: Saya sedih sangat anak dipulau hanya sebab tak fasih berbahasa Melayu