Setiap kali masuk bulan Ramadan pastinya kita akan dengar rakyat mengadu mengenai kualiti makanan yang dijual peniaga di bazar.
Namun jarang kita dengar peniaga tersebut mahu memulangkan duit hanya kerana makanan tersebut sudah masam.
Menerusi satu hantaran di dalam group di Facebook, seorang peniaga tampil untuk mencari semua pelanggan yang membeli kuih dengannya.
Alasan peniaga tersebut adalah kerana mahu memulangkan kembali wang kerana ubi getuk yang dijual sudah masam ketika dia mencubanya.
“Saya nak minta kalau ada sesiapa yang beli getuk ubi kayu kat bazar ramadhan sek 3 tadi petang sila esok datang balik saya pulangkan duit awak,” ujarnya dalam hantaran.
Peniaga tersebut dikatakan mencuba kuihnya selepas berbuka puasa dan rasa ubinya agak masam berkemungkinan dari kelapa.
Tambahnya kelapa parut yang dibeli tidak dilihat terlebih dahulu kerana dijual dalam bentuk bungkusan, walaupun sudah dikukus masih lagi masam.
DIa juga turut meminta maaf atas kecuaian diri dan memohon agar semua pembeli untuk datang semula bagi mengambil duit mereka.
“Saya tak nak makan wang yang tak berkat. Saya takut, takut sangat. Tolonglah,” tambahnya lagi.
Seorang pengguna Facebook, Shb Hj Karim memuji peniaga tersebut yang jujur dalam berniaga.
“Alhamdulillah semoga dengan kejujuran anda akan menjadi contoh pada mana-mana penjual lain yang tidak bersikap jujur.
“Semoga di bulan yang mulia ini Allah limpahkan lagi rezeki anda. Aamiin,” katanya.
Baca juga: Harga martabak dah macam beli Lamb shank, betul-betul untuk T20 je ni