Tertunduk malu adik-adik tahfiz ini tengok Dolla buat persembahan di majlis iftar

Oleh KIM SYAZIE

Tular di media sosial penyanyi kumpulan wanita, Dolla membuat persembahan di hadapan pelajar tahfiz dalam satu majlis berbuka.

Seorang pengguna Twitter, @arfdy12 memuat naik video tersebut untuk menunjukkan reaksi pelajar tersebut.

“Kejung anak-anak tahfiz tengok Dolla perform Raya Raya Raya,” katanya dalam ciapan.

Walaupun sudah berpakaian sopan, ia masih membuat pelajar-pelajar tersebut dilihat seperti kurang selesa.

Di ruangan komen pula, ramai yang berpendapat bahawa kehadiran anak-anak tahfiz itu sepatutnya lebih baik diraikan dengan lagu-lagu ketuhanan.

“Kalau universal yang anjurkan masih perlu buat persembahan juga ke depan budak tahfiz tu?

“Sedangkan boleh buat aktiviti lain juga kan selain perform?

“Hmm kesian budak-budak ni bukan senang nak jaga hafalan. Nak hafal memang senang nak sentiasa ingat dan ulang bukan senang,” ujar seorang pengguna Twitter.

Baca juga: Belanja isteri beli iPhone, rupa-rupanya hasil curi kad ATM milik warga emas