Abang polis teriak menangis anak masuk asrama, “balik rumah saya cium baju dia, rindu..”

Oleh KIM SYAZIE

Tidak dapat menahan emosi, tangisan seorang bapa pecah tatkala berpelukan dengan anaknya yang bakal bersekolah di asrama.

Pertama kali berjauhan sejak melihat dunia, kedua beranak itu terlihat berat untuk melepaskan pelukan masing-masing.

Mengundang sebak, video tular tersebut dikongsi sendiri oleh sang bapa yang merupakan seorang anggota polis di akaun TikTok miliknya.

Menurut bapa bernama Hazli Husin, anaknya yang berusia 13 tahun itu dihantar ke sebuah sekolah menengah Sains di Perak.

Mahu merasai kehidupan berasrama, Hazmi dan isterinya terpaksa akur dengan permintaan anak kesayangannya itu.

“Mulanya berat juga tapi apabila fikirkan permintaan anak dan masa depan dia, saya dan isteri akur.

“Masa nak hantar tu okay lagi, tak rasa apa-apa. Dah sampai sekolah tiba-tiba perasaan sedih tu datang, memang saya tak dapat tahan,” katanya.

Bagi mengubati kerinduan, Hazli akan melihat rakaman video yang lalu setiap kali teringat akan anak sulungnya itu.

“Baju terakhir yang abang pakai sebelum saya hantar dia ke asrama pun belum cuci. Bila rindu, saya cium bau dia,” ulasnya.

Baca juga: Monyet selamba makan mi segera pedas, netizen pula risau takut sakit perut