Hanya kerana sayang, seorang pelakon sanggup mengugurkan kandungan selepas ‘teman lelaki’ berjanji akan mengahwininya.
Namun perkahwinan yang dibina tidak kekal lama apabila suami kepada Shakila Saiful memfailkan cerai di mahkamah syariah pada 24 November tahun lalu.
Bekas ratu cantik itu menyesali perbuatannya dan mendakwa dirinya diperdaya serta dikhianati suami sendiri lapor Malaysia Gazette.
“Kehamilan saya turut berada di dalam pengetahuan bapanya yang saya panggil walid kerana suami saya sendiri memaklumkan perkara tersebut kepada bapanya yang juga seorang tokoh agama bagi mendapatkan pandangan,” ujarnya
Shakila menggugurkan kandungan selepas dipujuk oleh keluarga suami yang berlatarbelakangkan agama, dengan alasan fatwa di dua buah negeri menghalalkannya.
“Walaupun saya bertegas untuk tidak mengugurkan kandungan saya, suami saya telah memujuk dan meyakinkan saya perbuatan mengugurkan kandungan itu tidak haram.
“Beliau turut berjanji akan mengahwini saya selepas saya menggugurkan kandungan,” tambahnya lagi.
Bagaimanapun Shakila tidak menyangkan dia akan diceraikan hanya selpas lapan hari mengalami keguguran
“Saya tidak sangka saya akan diceraikan selepas lapan hari mengalami keguguran. Lebih menyedihkan selepas penceraian difailkan, suami dan keluarganya sudah tidak memperdulikan saya.
“Mereka membiarkan saya menghadapi masalah ini seorang diri. WhatsApp dan panggilan telefon yang saya buat langsung tidak dibalas dan dijawab.
“Saya bukan sahaja kehilangan anak kembar saya tetapi saya juga telah keguguran bayi yang saya kandungkan selapas perkahwinan kami,” katanya.
Shakila memaklumkan bahawa sdiang media dijalankan agar orang ramai lebih berhati-hati dalam menerima pandangan agama daripada sesiapa pun.
“Saya juga hendak sebarkan kefahaman bagaimana agama digunakan untuk kepentingan peribadi dan berhati-hatilah wanita di luar sana,” katanya.
Baca juga: Abang polis teriak menangis anak masuk asrama, “balik rumah saya cium baju dia, rindu..”