“Farid tengking, kurung anak dalam bilik, biar tidur atas lantai..”, Diana buka cerita sebenar

Oleh KIM SYAZIE

Isu kemelut rumah tangga pelakon Diana Danielle dan Farid Kamil kembali mendapat perhatian ramai selepas Diana mendedahkan mengenai situasi sebenar.

Menerusi Instagram Stroty, @dianadanielleb, dia menjelaskan anak perempuannya, Aurora disuruh tidur di atas lantai sebagai pengajaran oleh Farid.

“Petang dia tengking Aurora sebab insiden Aurora petik cili. Dua hari dia tak berhenti baran dan jerit sekuat hati. Aurora menggigil minta tolong dgn saya, sebab dia sangat takut.

“Dia dipaksa utk duduk dalam bilik Babah malam tu sebab dia nak sambung ‘ajar’ anak. Bila saya masuk bilik, anak saya tidur atas lantai depan pintu tandas, berlapik sejadah.

“Saya jadi terkejut, dah la ditengking sepuas hati dari petang, dia tak bagi anak tidur dgn saya (yang biasanya rutin), disuruh tidur atas lantai,” katanya menerusi Instagram.

Naluri ibu mana yang sanggup melihat anak dilayan sebegitu, namun Farid tetap menghalangnya daripada mengambil Aurora.

“Saya tetap berkeras untuk bawak anak masuk bilik saya kerana takut apa lagi tindakan seterusnya.

“Sebelum saya keluar dari bilik, dia ugut lagi akan pukul anak esok sebabkan saya tak bagi anak tidur atas lantai depan tandas,” tambahnya lagi.

Diana juga meluahkan rasa bimbang kerana dilihat emosi Farid seperti tidak stabil dan keadaan tersebut menakutkan dirinya.

“Aurora tak sengaja. Didik anak jgn sampai dera emosi. Baru jadi pertama kali, dan dia tak tahu petik cili dianggap mencuri, bukan dia niat mencuri.

“Dengan keadaan dia yang tak boleh kawal emosi, saya terpaksa hubungi polis untuk keluar dari rumah sebab tak tahu apa lagi yang akan berlaku esoknya

“Saya tahu dia tertekan bila saya minta cerai dua hari sebelum tu. Tapi jangan libatkan anak dalam hal ini,” tegasnya lagi.

Baca juga: ‘Petik cili’ bukan punca mohon cerai, Diana Danielle dedah apa sebenarnya terjadi